Sunday, 2 December 2012

INFO BAHASA



1) KATA PEMERI
    a) Ialah  -Hadir dihadapan frasa nama
    b) Adalah  -Hadir dihadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama
* Kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.
* Kata pemeri tidak boleh dihadapan frasa kerja / kata kerja.
Contoh: Adalah dimaklumkan……..
Adalah disebabkan……………..



2) KATA SENDI NAMA ‘AKAN’
Akan digunakan dihadapan kata nama/ frasa nama dan didahului oleh kata adjektif.
Contoh :Wanita itu amat rinduakan anaknya.
              * tidak boleh ditambah ‘kan’  (Wanita itu amat rindukan anaknya – tidak boleh)



3) KATA NAFI
Digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu.
Tidak  -untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif
Bukan  -untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi



4) KATA BILANGAN
Kata bilangan tentu mestilah dipisahkan dengan kata bilangan pecahan.
Contoh kata bilangantentu – stau, dua, tiga……….
Contoh kata bilanganpecahan – suku, setengah, satupertiga …….



5) PENGGUNAAN ‘BANYAK’ DAN ‘RAMAI’
Kata banyak digunakan untuk menyatakan jumlah atau bilangan.
Contoh :Banyak orang suka berkelah……….
Banyak lembu sedang………………
Kata’ ramai’ pula digunakan untuk menyatakan suasana atau keadaan.
Contoh: Ramai murid berasa gembira apabila mendengar berita………
Kelihatan ramai orang berenang di dalam laut dengan gembira.



6) PENGGUNAAN ‘MEMPUNYAI’ DAN ‘TERDAPAT’
Kedua-dua kata ‘mempunyai’ dan ‘terdapat’ berer tiada.
Kata mempunyai digunakan untuk manusia dan haiwan.
Kata terdapat pula digunakan untuk tempat dan benda.



7) PENGGUNAAN ‘KERANA’ DAN SEBAB’
Kata ‘kerana’ ialah kata hubung yang digunakan untuk menyambung 2 ayat. Kata ‘sebab’ ialah kata nama. Oleh itu kata ‘sebab’ tidak bolehdigunakan sebagai menyambung ayat.
Contoh : Kamala tidak hadir ke sekolah sebab (x) kerana (/) sakit perut.
Jika kata ‘sebab’ hendak digunakan, kata ‘sebab’ mesti didahului dengan kata sendi ‘oleh’ (oleh sebab).
Contoh : Kamala tidak hadir ke sekolah oleh sebab sakit perut.
Kata ‘kerana’ tidak boleh digunakan selepas kata ‘oleh’ .
Contoh: Kamala tidak hadir ke sekolah oleh kerana sakit perut. (x)



8) PENGGUNAAN ‘DAN LAIN-LAIN LAGI’  DAN ‘ DAN SEBAGAINYA’
‘dan lain-lain lagi’ digunakan untuk menyatakan benda-benda lain.
Contohnya: Ali menyediakan buluh halus, gam, gunting dan lain-lain lagi,
‘dan sebagainya’ digunakan untuk menyatakan benda-benda lain yang serupa.
Contohnya: Pak Kasim menjual manggis, pisang, durian, dan sebagainya.



KATA GANTI NAMA DIRI
Kata ganti nama diri khusus digunakan untuk menggantikan nama manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada 3 jenis:
i)Kata ganti nama diri pertama
ii)  Kata ganti nama diri kedua
iii) Kata ganti nama diri ketiga

1) KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
(Merujuk kepada diri orang yang bercakap)
Contoh :aku, saya, hamba, patik, beta, daku, kami, kita

a) Aku
Merujuk diri sendiri apabila bercakap dengan sahabat yang rapat atau Tuhan.

b) Saya
Merujuk diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan baru, orang tua, atau dalam suasana rasmi.

c) Hamba
Merujuk diri sendiri. Bahasa yang digunakan oleh orang pada zaman dahulu atau bahasa klasik.

d) Patik
Digunakan oleh rakyat jelata apabila bercakap dengan raja atau kerabat diraja.

e) Beta
Digunakan oleh raja atau kerabat diraja ketika bertitah kepada rakyat jelata.

f) Daku
Merujuk diri sendiri, biasanya digunakan dalam penulisan cerita.

g) Kami
Merujuk diri orang yang berkata serta beberapa orang lain apabila berkomunikasi atau bercakap dengan orang kedua.

h) Kita
Merujuk diri orang yang bercakap termasuk orang yang diajak bercakap.

2) KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
(Merujuk orang yang mendengar orang pertamabercakap)
Contoh: awak, anda, engkau, kamu, tuanhamba, tuanku, kalian, kamu

a) Awak
Digunakan apabila bercakap dengan sahabat karib, orang atasan kepada orang bawahan, dan pasangan suami isteri.

 b) Anda
Digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak adadihadapan kita, misalnya dalam surat-menyurat atau rakan sebaya.

c) Engkau
Digunakan untuk menggantikan diri orang yang rapat hubungannya dengan kita atau apabila berdoa kepada Tuhan.

d) Kamu
Digunakan apabila bercakap dengan orang yang rapat hubungan dengan kita misalnya dengan rakan sebaya.

e) Tuan hamba
Digunakan bagi menggantikan diri orang kedua pada zaman dahulu.

) Tuanku
Digunakan ketika bercakap dengan sultan, raja atau kerabat diraja.

g) Kalian
Digunakan ketika bercakap dengan beberapa orang yang diajak bercakap.

 h) Kamu
Digunakan juga dalam bentuk jamak, misalnya semasa orang dewasa berhubung dengan orang yang lebih muda umurnya.


3) KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA
(Orang yang diperkatakan oleh orang pertama dengan orang kedua)
Contoh: dia, ia, beliau, baginda, mereka

a) Dia
Digunakan untuk diri orang ketiga yang sama umurnya seperti rakan sebaya dan orang biasa.

b) Ia
Digunakan dalam penulisan cerita atau dialog dan fungsinya sama seperti dia untuk diri orang ketiga.

c) Beliau
Digunakan untuk diri orang ketiga yang dihormati seperti ibubapa, guru, pemimpin, dan orang yang berpangkat.

d) Baginda
Biasanya untuk diri orang ketiga sebagai bahasa istana khusus bagi sultan, raja atau kerabat iraja.

e) Mereka
Digunakan untuk diri orang ketiga yang bilangannya lebih daripada






6 comments:

  1. Satu lagi penambahan maklumat..menarik...tambahkan lagi info..

    ReplyDelete
  2. Info yang sangat berguna dan dapat menambahkan pengetahuan saya. Teruskan usaha...

    ReplyDelete
  3. maklumat yang sangat berguna untuk penambahbaikan bahasa dan peningkatan ilmu saya.. terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kepada rakan dan anak didik yang memberi komen-komen dalam blog saya....

    ReplyDelete
  5. Tahniah dapat menghasilkan blog yang sesuai untuk P&P selain untuk menambahkan pengetahuan diri sendiri juga.

    ReplyDelete
  6. bahan yang mudah difahami dan berguna, terima kasih cikgu

    ReplyDelete