MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KE-2/2012
Tarikh : 12 Februari 2012
Hari : Khamis
Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK. Teluk Buloh
Pengerusi Mesyuarat : Pn. Ruziah bt Sudin
Hadir : Pn. Zakiah bt Ahmad - Penyelia Petang
Pn. Fauziah bt Anwar - Pengerusi
Pn. Faridah Ahmad
Pn. Norhayati Tamzis
Pn. Norhayani bt Nganda
Pn. Norizan bt Abdullah - Pencatat
Tidak Hadir Bersebab : Pn. Rozita bt Jamil
En. Anas Safuan
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pn. Fauziah bt Anwar selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua AJK yang hadir dalam mesyuarat ini. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran PK Petang
Pn. Zakiah bt Ahmad.
1.2 Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan kurikulum dan
perancangan panitia tahun 2012.
1.3 Beliau juga memaklumkan pelantikan Pn. Norhayani bt Nganda sebagai setiausaha Panitia
Bahasa Melayu bagi tahun ini.
Makluman : Semua guru
2. UCAPAN PIHAK PENTADBIR
2.1 Pn. Zakiah mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
2.2 Beliau menerangkan kepentingan pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu, haruslah diberi
pengukuhan daripada tahap 1.
Makluman : Semua guru
3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan memohon ahli mesyuarat untuk
membuat semakan dan mengemukakan cadangan minit mesyuarat tersebut diterima dan disahkan.
3.2 Pn. Norhayati bt Tamzis mencadangkan minit mesyuarat tersebut diterima dan disahkan.
3.3 Pn. Faridah bt Ahmad menyokong.
3.4 Minit mesyuarat yang diadakan pada 22 Januari 2012 telah disahkan tanpa sebarang pindaan.
Makluman : Semua guru
4. PERKARA BERBANGKIT
4.1 Pelaksanaan PLBS 4 kali setahun akan ditetapkan kemudian setelah dibincangkan dengan pihak
pentadbiran.
Penggunaan eviden akan diselaraskan mengikut aliran dan hal yang berkaitan akan ditentukan
dalam mesyuarat akan datang.
Makluman : Semua guru
5. RANCANGAN TAHUNAN DAN KONTRAK LATIHAN MURID
5.1 Rancangan Tahunan dan Kontrak Latihan murid perlu disediakan oleh setiap orang guru.
5.2 Mesyuarat mengusulkan Kontrak Latihan Murid dan Rancangan Tahunan perlu diasingkan untuk
memudahkan pemantauan.
5.3 Mesyuarat juga bersetuju supaya sesalinan Rancangan Tahunan dan Kontrak Latihan Murid perlu
diserahkan kepada Ketua Panitia untuk simpanan fail.
Makluman dan Tindakan : Semua guru
6. HAL-HAL LAIN
6.1 Pn. Norizan bertanyakan tentang PKJR yang perlu dilaksanakan dalam masa P&P.
6.2 Pn. Norhayati menjelaskan bahawa dalam seminggu hanya satu masa diperuntukkan untuk
melaksanakan PKJR.
6.3 Pn. Faridah memaklumkan bahan untuk pendidikan sastera dalam P&P Bahasa Melayu untuk
Tahap 2 boleh diambil dari PSS.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
...................................... ...............................
(PN. NORIZAN BT ABDULLAH) (PN. FAUZIAH BT ANWAR)
Setiausaha, Pengerusi,
Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Melayu,
SK. Teluk Buloh. SK. Teluk Buloh.
Tarikh : 20 Februari 2012 Tarikh : 20 Februari 2012
No comments:
Post a Comment