Wednesday 12 December 2012

CONTOH MINIT MESYUARAT

                          MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KE-2/2012


                                               Tarikh                           :   12 Februari 2012
                                                Hari                             :    Khamis
                                                Masa                            :   1.15 petang
                                                Tempat                         :   Bilik Gerakan SK. Teluk Buloh
                                                Pengerusi Mesyuarat   :   Pn. Ruziah bt Sudin
                                         
                                                Hadir         :   Pn. Zakiah bt Ahmad - Penyelia Petang
                                                                      Pn. Fauziah bt Anwar - Pengerusi
                                                                      Pn. Faridah Ahmad
                                                                      Pn. Norhayati Tamzis
                                                                      Pn. Norhayani bt Nganda
                                                                      Pn. Norizan bt Abdullah  - Pencatat

                                                Tidak Hadir Bersebab :   Pn. Rozita bt Jamil
                                                                                        En. Anas Safuan


1.  PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pn. Fauziah bt Anwar selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih kepada
      semua AJK yang hadir dalam mesyuarat ini. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran PK Petang
      Pn. Zakiah bt Ahmad.
1.2 Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan kurikulum dan
      perancangan panitia tahun 2012.
1.3 Beliau juga memaklumkan pelantikan Pn. Norhayani bt Nganda sebagai setiausaha Panitia
      Bahasa Melayu bagi tahun  ini.


                                                                                                       Makluman  :  Semua guru

2.  UCAPAN PIHAK PENTADBIR

2.1 Pn. Zakiah  mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
2.2 Beliau menerangkan kepentingan pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu, haruslah diberi
      pengukuhan daripada tahap 1.

                                                                                                      Makluman  :   Semua guru


3.  PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN  MINIT MESYUARAT

3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan memohon ahli mesyuarat untuk
      membuat semakan dan mengemukakan cadangan minit mesyuarat tersebut diterima dan disahkan.
3.2 Pn. Norhayati bt Tamzis mencadangkan minit mesyuarat tersebut diterima dan disahkan.
3.3 Pn. Faridah bt Ahmad menyokong.
3.4 Minit mesyuarat yang diadakan pada 22 Januari 2012 telah disahkan tanpa sebarang pindaan.


                                                                                                    Makluman  :   Semua guru


4.  PERKARA BERBANGKIT

4.1 Pelaksanaan PLBS 4 kali setahun akan ditetapkan kemudian setelah dibincangkan dengan pihak
      pentadbiran.
      Penggunaan eviden akan diselaraskan mengikut aliran dan hal yang berkaitan akan ditentukan
      dalam mesyuarat akan datang.


                                                                                                   Makluman  :   Semua guru

 5.  RANCANGAN TAHUNAN DAN KONTRAK LATIHAN MURID

5.1 Rancangan Tahunan dan Kontrak Latihan murid perlu disediakan oleh setiap orang guru.
5.2 Mesyuarat mengusulkan Kontrak Latihan Murid dan Rancangan Tahunan perlu diasingkan untuk
      memudahkan pemantauan.
5.3 Mesyuarat juga bersetuju supaya sesalinan Rancangan Tahunan dan Kontrak Latihan Murid perlu
     diserahkan kepada Ketua Panitia untuk simpanan fail.


                                                                                                   Makluman dan Tindakan :  Semua guru


6.  HAL-HAL LAIN

6.1 Pn. Norizan bertanyakan tentang PKJR yang perlu dilaksanakan dalam masa P&P.
6.2 Pn. Norhayati menjelaskan bahawa dalam seminggu hanya satu masa diperuntukkan untuk
       melaksanakan PKJR.
6.3 Pn. Faridah memaklumkan bahan untuk pendidikan sastera dalam P&P Bahasa Melayu untuk
     Tahap 2 boleh diambil dari PSS.



Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.





Disediakan oleh,                                                                        Disahkan oleh,


......................................                                                             ...............................
(PN. NORIZAN BT ABDULLAH)                                         (PN. FAUZIAH BT ANWAR)
Setiausaha,                                                                                Pengerusi,
Panitia Bahasa Melayu,                                                            Panitia Bahasa Melayu,
SK. Teluk Buloh.                                                                      SK. Teluk Buloh.
Tarikh : 20 Februari 2012                                                         Tarikh : 20 Februari 2012



                     

PENULISAN MINIT MESYUARAT

PRAPENULISAN MINIT MESYUARAT
1.  Untuk melicinkan perjalanan mesyuarat, setiausaha perlu menyediakan beberapa perkara di peringkat pramesyuarat iaitu :
 -  Surat / notis panggilan mesyuarat.
 -  Tempahan tempat / bilik mesyuarat (hendaklah dipastikan tempat mesyuarat lengkap peralatannya,
     sesuai dan dalam keadaan baik)
 - Tempahan jamuan ringan.
 -  Buku kehadiran mesyuarat.

2.  Minit mesyuarat ialah laporan mengenai perkara yang dibincangkan atau diputuskan dalam
     sesuatu mesyuarat. Minit disediakan oleh setiausaha mesyuarat. Terdapat dua peringkat dalam
     penyediaan minit mesyuarat iaitu :

a) Peringkat pertama, setiausaha mencatatkan:
    - Semua isi penting dari mula hingga akhir mesyuarat.
    - Semua keputusan yang dicapai
    - Cadangan atau sokongan serta undian yang dibuat (jika berkaitan) .
    - Nama pencadang dan penyokong (jika berkaitan).
    - Jumlah undi menyokong dan menentang ( jika berkaitan).
b) Peringkat kedua, setiausaha menulis minit secara gramatis, jelas dan tepat.
     Draf minit disediakan tiga hari selepas mesyuarat dan diserahkan kepada pengerusi .
    - Minit mesyuarat diedarkan 7 hari selepas mesyuarat.
    - Minit mesyuarat dijadikan dokumen rujukan untuk melaksanakan tindakan yang diputuskan
      dalam mesyuarat.

PENULISAN MINIT MESYUARAT

1.  Minit mesyuarat penting kerana minit merupakan sumber atau dokumen rujukan.
2.  Format minit lazimnya disusun mengikut agenda mensyuarat dan perlu kemas dan teratur.
3.  Penyediaan minit mesyuarat perlu mengambil kira hal-hal berikut:
     - Butiran tentang mesyuarat
      a) Nama mesyuarat
      b) Bilangan kali mesyuarat
      c) Tarikh
      d) Masa
      e) Tempat
      f) Pengerusi mesyuarat
      g) Agenda
    - Dokumen
      Bahan bertulis untuk dijadikan bahan rujukan utama (jika ada)
    - Senarai kehadiran (untuk ditandatangani oleh ahli mesyuarat)
      Senarai lengkap anggota yang hadir penting bagi mengesahkan minit dan pandangan mereka
      sama ada sah atau tidak.

4.  Kehadiran ditulis mengikut susunan yang berikut:
    - Yang Hadir - nama anggota mesyuarat yang hadir serta jawatan.
    - Yang Tidak Hadir - senarai nama anggota yang tidak hadir (sama ada dengan alasan atau tidak).
    - Yang Turut Hadir - senarai nama (bukan AJK) yang hadir sebagai pemerhati atau undangan khas.
    - Urus Setia ( yang berkaitan).

5.  Isi Minit Mesyuarat
     Ucapan alu-aluan pengerusi
     - Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
     - Perkara berbangkit
     - Perkara yang ditetapkan dalam agenda.
     - Hal-hal lain
     - Ucapan penutup/penangguhan pengerusi
     - Tandatangan pencatat (setiausaha)
     - Tandatangan penyemak/ pengerusi mesyuarat
     - Setelah draf minit mesyuarat siap draf dikemukakan kepada pengerusi untuk disemak tidak lewat
       3 hari selepas mesyuarat.
     - Selepas draf minit disemak, oleh pengerusi salinan minit yang bersih disediakan.
     - Salinan minit dihantar kepada setiap anggota seminggu selepas mesyuarat.
     - Satu salinan disimpan dalam fail mesyuarat.

PENGESAHAN MINIR MESYUARAT

1. Pengerusi meminta setiausaha mambaca minit mesyuarat.
2. Minit disemak dengan teliti oleh ahli yang hadir.
3. Pembetulan dibuat terhadap ejaan dan fakta (jika terdapat kesalahan)
4. Perkara berbangkit- laporan sebarang tindakan dan keputusan yang terakhir secara ringkas.
5. Minit juga menyentuh tindakan susulan yang perlu diambil oleh jabatan atau institusi atau   
    pegawai yang berkenaan.
6. Mencatatkan hal-hal lain dan perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat.
7. Setelah disahkan dan mendapat cadangan dan sokongan pengerusi menandatangani minit pada
    tempat yang disediakan.

CIRI-CIRI MINIT MESYUARAT YANG BAIK

1. Penulisan minit mesyuarat hendaklah ringkas, tepat dan padat. laras bahasa rasmi dan mematuhi
    prinsip asas penulisan.
2. Semasa menulis minit mesyuarat, ayat yang digunakan perlu menggambarkan keputusan yang
    dibuat berdasarkan persetujuan anggota mesyuarat.
3. Ayat (bahasa) dalam minit mesyuarat berbentuk ayat berlapis iaitu satu ayat utama dan ayat
    tambahan yang dihubungkan dengan ungkapan seperti bahawa, supaya, yang dan agar.
4. Dalam hal-hal yang memerlukan tindakan, nama atau jawatan orang yang dipertanggungjawabkan
    perlu dicatatkan .
5. Waktu ditanggihkan mesyuarat perlu dicatatkan dalam minit mesyuarat- buka  ditamatkan kerana
    mesyuarat akan disambung pada masa akan datang, melainkan mesyuarat itu kali yang terakhir.
6. Pada bahagian akhir /penutup mesyuarat, dicatatkan nama dan jawatan orang yang mengesahkan minit itu, iaitu pengerusi dengan persetujuan anggota mesyuarat.





Thursday 6 December 2012

LATIHAN TATABAHASA

Arahan : Sila jawab soalan-soalan di bawah dengan menandakan (/) pada ayat yang betul dan (x) pada ayat yang salah. Selamat mencuba. :)

1) Kelima-lima perompak itu berjaya diberkas oleh pihak polis. (     )


1.       2) Kelima-lima orang perompak itu berjaya diberkas oleh pihak polis.  (      )
 
1.        3) Kakak menghidangi  tetamunya sepiring kuih koci.   (      )

1.        4) Kakak menghidangkan tetamunya sepiring kuih koci.  (       )

1.         5)  Johan pertandingan memasak itu adalah Puan Aliah.  (     )

1.         6) Johan pertandingan memasak itu ialah Puan Aliah.  (     )

1.        7)   Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan sesalinan sijil kelahiran.  (      )

1.        8) Merujuk perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan sesalinan sijil kelahiran. (     )

1.         9)  “Semenjak dari hari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini,” Kata Ali kepada Abu.(      )

1.      10) “Semenjak hari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini,” Kata Ali kepada Abu.  (    )

1.       11)  Adik terlalu sayang akan kucing itu sehingga dibawanya tidur bersa-sama.  (      )

1.         12) Adik terlalu sayangkan kucing itu sehingga dibawa tidur bersam-sama. (      )

1.         13) Bapa Ana ialah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Teluk Buloh.   (     )
               14)  Bapa Ana adalah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Teluk Buloh. (    )

1.          15) Encik Muttu bekerja di Mini Estet Ulu Bernam sudah hampir  lima  tahun.   (    )

1.          16) Encik Muttu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sudah hampir lima tahun. (     )

1.          17) Encik Razi menghadiahkan cincin bertatahkan berlian kepada bakal isterinya. (    )

1.           18)  Encik Razi menghadiahi cincin bertatahkan berlian kepada bakal isterinya. (     )

1.           19) Setengah pelajar tidak tahu membahagi-bahagikan masa dengan baik. (     )

1.           20) Sesetengah pelajar tidak tahu membahagi-bahagikan masa dengan baik. (     )

1.            21) Makanlah  ikan kerana ikan mengandungi banyak protein dan baik untuk kesihatan kita.  (    )

1.            22) Makanlah ikan kerana ia  mengandungi banyak protein dan baik untuk kesihatan kita. (    )

1.            23) Novel yang mengisahkan pergeseran hidup muda mudi masa kini dibaca oleh saya.   (   )

1.            24) Novel yang mengisahkan pergeseran hidup muda mudi masa kini dibaca oleh dia.  (     )

1.            25) Sani bekerja di pasar raya itu ialah untuk membantu keluarganya yang miskin.  (    )

1.            26) Sani bekerja di pasar raya itu adalah untuk membantu keluarganya yang miskin. (      )

1.            27) Salimah tidak datang ke sekolah semalam kerana ianya mengalami demam selsema. (    )

1.            28) Salimah tidak datang ke sekolah semalam kerana ia mengalami demam selesema. (     )

1.            29) Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja.   (    )

1.            30) Di zaman ini, kereta sudah menjadi satu daripada keperluan harian manusia. (    )

1.            31) Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan.  (    )

1.             32) Apa-apa yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. (     )
 
  
 Pilih jawapan yang betul.

     1. Dahan pokok itu ______________kerana buahnya sangat lebat tahun ini.
 
               A menegak
               B meluyut
               C membengkok
         D membengkak
 
    2.  Kasut adik berbau _______________kerana sedah hampir seminggu tidak berbasuh.

         A hanyir
1.                     B  hangit
         C hapak
         D hamis
 
          3.  Hari Peladang disambut pada setiap tahun sebagai mengenang jasa dan pengorbanan peladang 
               kepada negara.
 
        A Mengapakah Hari Peladang disambut pada setiap tahun?
        B Bagaimanakah Hari Peladang disambut setiap tahun?
        C Adakah sambutan Hari Peladang disambut pada setiap tahun?
              D Bilakah sambutan Hari Peladang diadakan?
 
1.         
    4.  Bagaimanakah kita dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit SARS?
 
               A SARS memang berbahaya dan kita harus mengelakkan diri daripadanya.
               B Bagi mengelakkan penyakit itu, kita perlu sentiasa mengutamakan kesihatan.
               C SARS merupakan sejenis penyakit yang tidak diketahui puncanya.
               D Banyak penduduk di sini melancong ke luar negara.
2
1.