Wednesday, 21 November 2012

WAU LAMBANG MELAYU





Wau yang terkenal di negeri belah pantai timur menjadi sebutan orang ramai dengan keunikan dan kecantikkan yang tersendiri. Corak yang kreatif dihasilkan oleh masyarakat Melayu menarik minat orang lain juga kepada pelancong-pelancong luar negara. Permainan ini dimainkan pada masa lapang di tempat yang luas dan dimainkan secara beramai-ramai. Kadang kala, permainan ini juga dibentuk dalam pertandingan. Permainan ini dimainkan bukan sahaja oleh masyarakat biasa malah golongan kehormat juga turut serta. Permainan ini menjadikan masyarakat Melayu lebih rapat kerana permainan ini dimainkan secara berkelompok. Melalui kepercayaan, permainan ini dikatakan mempunyai kaitan dengan angin dan langit. 


Wau mempunyai banyak jenis dan antaranya adalah wau katak, wau merak, wau kucing, wau pari dan sebagainya. Namun, wau yang paling popular dan dikenali seluruh dunia adalah Wau Bulan. Coraknya yang menarik dan memainkan corak awan menjadikan wau itu kelihatan cantik. Warna yang digunakan juga berwarna-warni untuk tampak lebih menarik perhatian. Sehingga kini, budaya bermain wau beramai-ramai masih diamalkan di negeri pantai timur. Selain bermain, wau juga dijadikan untuk kraftangan dan oleh-oleh kerana motif rekaannya yang bersesuaian untuk dijadikan kraftangan.
 

1 comment:

  1. saya sangat minat dengan wau.. terima kasih cikgu berkongsi maklumat..

    ReplyDelete