Thursday 15 November 2012

PAKAIAN LAMBANG BUDAYA

Malaysia merupakan sebuah negara perpaduan yang terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap kaum ini memiliki pakaian tradisi yang menjadi lambang identiti bagi kaum tersebut. Masyarakat melayu terkenal dengan pakaian tradisinya iaitu baju Melayu bagi lelaki, manakala baju kurung bagi golongan wanita. Namun, bukan sekadar baju kurung, tetapi baju kebaya juga telah menjadi suatu warisan kepada golongan wanita.

Masyarakat Cina pula sering mengenakan pakaian yang berwarna tampak cerah. Kebiasaannya, masyarakat ini sinonim dengan warna merah kerana mengikut kepercayaan mereka merah membawa tuah. Pakaian tradisi masyarakat ini seperti Shanghai yang diperbuat daripada kain satin sulam lebih sesuai dikenakan si pemakai wanita. Selain itu, Cheongsam juga adalah salah satu pakaian yang agak popular bag wanita kerana reka bentuk pakaian itu yang tampak lebih moden. Manakala, bagi golongan lelaki mereka lebih popular dengan pakaian Samfoo yang memberi lambang kepada kesejahteraan. 

Bagi masayarakat India pula, sememangnya tidak asing lagi pakaian Sari yang lebih kepada golongan wanita. Sari yang berwarna-warni memberi keserian kepada si pemakai. Pakaian ini telah menjadi pakaian tradisi turun temurun masyarakat ini. Apabila melihat sahaja wanita berpakaian Sari, kita sudah dapat mengenal identiti si pemakai. Bagi golongan lelaki pula, pakaian mereka dikenali sebagai Dhoti.  
 

 

No comments:

Post a Comment