Wednesday, 21 November 2012

makropengajaran fauziah

WAU LAMBANG MELAYU





Wau yang terkenal di negeri belah pantai timur menjadi sebutan orang ramai dengan keunikan dan kecantikkan yang tersendiri. Corak yang kreatif dihasilkan oleh masyarakat Melayu menarik minat orang lain juga kepada pelancong-pelancong luar negara. Permainan ini dimainkan pada masa lapang di tempat yang luas dan dimainkan secara beramai-ramai. Kadang kala, permainan ini juga dibentuk dalam pertandingan. Permainan ini dimainkan bukan sahaja oleh masyarakat biasa malah golongan kehormat juga turut serta. Permainan ini menjadikan masyarakat Melayu lebih rapat kerana permainan ini dimainkan secara berkelompok. Melalui kepercayaan, permainan ini dikatakan mempunyai kaitan dengan angin dan langit. 


Wau mempunyai banyak jenis dan antaranya adalah wau katak, wau merak, wau kucing, wau pari dan sebagainya. Namun, wau yang paling popular dan dikenali seluruh dunia adalah Wau Bulan. Coraknya yang menarik dan memainkan corak awan menjadikan wau itu kelihatan cantik. Warna yang digunakan juga berwarna-warni untuk tampak lebih menarik perhatian. Sehingga kini, budaya bermain wau beramai-ramai masih diamalkan di negeri pantai timur. Selain bermain, wau juga dijadikan untuk kraftangan dan oleh-oleh kerana motif rekaannya yang bersesuaian untuk dijadikan kraftangan.
 

Thursday, 15 November 2012


PAKAIAN MASYARAKAT MELAYU


  
PAKAIAN MASYARAKAT CINA
 


PAKAIAN MASYARAKAT INDIA

 



 

PAKAIAN LAMBANG BUDAYA

Malaysia merupakan sebuah negara perpaduan yang terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap kaum ini memiliki pakaian tradisi yang menjadi lambang identiti bagi kaum tersebut. Masyarakat melayu terkenal dengan pakaian tradisinya iaitu baju Melayu bagi lelaki, manakala baju kurung bagi golongan wanita. Namun, bukan sekadar baju kurung, tetapi baju kebaya juga telah menjadi suatu warisan kepada golongan wanita.

Masyarakat Cina pula sering mengenakan pakaian yang berwarna tampak cerah. Kebiasaannya, masyarakat ini sinonim dengan warna merah kerana mengikut kepercayaan mereka merah membawa tuah. Pakaian tradisi masyarakat ini seperti Shanghai yang diperbuat daripada kain satin sulam lebih sesuai dikenakan si pemakai wanita. Selain itu, Cheongsam juga adalah salah satu pakaian yang agak popular bag wanita kerana reka bentuk pakaian itu yang tampak lebih moden. Manakala, bagi golongan lelaki mereka lebih popular dengan pakaian Samfoo yang memberi lambang kepada kesejahteraan. 

Bagi masayarakat India pula, sememangnya tidak asing lagi pakaian Sari yang lebih kepada golongan wanita. Sari yang berwarna-warni memberi keserian kepada si pemakai. Pakaian ini telah menjadi pakaian tradisi turun temurun masyarakat ini. Apabila melihat sahaja wanita berpakaian Sari, kita sudah dapat mengenal identiti si pemakai. Bagi golongan lelaki pula, pakaian mereka dikenali sebagai Dhoti.  
 

 
Memperkenalkan kepada para pelajar saya tentang tarian zapin yang terkenal di Malaysia. Memaparkan video ini untuk santapan mereka di kelas sebelum memulakan pelajaran. Video ini adalah suatu alternatif saya untuk menarik minat pelajar dalam topik Kebudayaan Malaysia ini. Dengan sajian video ini, pelajar tampak bersemangat menonton dan tertarik dengan tayangan video ini. Tambahan pula, penari dalam video ini adalah kanak-kanak yang seusia mereka.

AKTIVITI BERKUMPULAN

Para pelajar saya yang melakukan aktiviti berkumpulan mengenai topik kebudayaan Malaysia. Penjelasan daripada saya terdahulu diberikan agar mereka memahami bentuk konsep kebudayaan mengenai tarian zapin. Aktiviti berkumpulan ini dijalankan dengan lancar dan memberi kepuasan kepada saya serta anak didik.

Add caption



Semangat mendengar penjelasan untuk memulakan aktiviti berkumpulan. Komitmen pelajar yang baik memberikan saya lebih bersemangat untuk menjalankan sesi pembelajaran.

KECIL-KECIL CILI API

Memupuk kesedaran tentang kepentingan budaya kepada kanak-kanak sejak kecil lagi amat digalakkan. Ini kerana, budaya merupakan suatu perkara yang diwarisi. Daripada anak kecil ini lah yang akan membentuk masyarakat yang berbudaya supaya kebudayaan di Malaysia tidak pupus dan terus dikenali di serata dunia. 

*suka melihat semangat si cilik ini*







Ini dia si comel yang mampu mengerti tentang kebudayaan walau hanya dengan sebentuk tarian..... 

PERBINCANGAN BERSAMA

Sesi perbincangan bersama pelajar semasa topik Kebudayaan Malaysia diutarakan. Terdapat banyak soalan-soalan dan pandangan yang diberikan oleh pelajar. Sangat teruja pada masa ini kerana setiap pelajar memberikan komitmen yang sangat memberangsangkan. Tarikan minat mereka terhadap kebudayaan di Malaysia sangat tinggi.

KEBUDAYAAN MALAYSIA

Kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat. Setiap masyarakat mempunyai budaya yang diamalkan dengan cara masing-masing. Malaysia merupakan satu negara yang dikenali sebagai perpaduan kaum. Di Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India terutamanya dan dan suku-suku kaum lain. Setiap kaum ini mempunyai budayanya yang tersendiri. Kebudayaan yang mereka amalkan adalah warisan turun-temurun. Mereka akan dikenali dengan budaya yang dibawanya. Tidak kira budaya dari segi pemakaian, perayaan, permainan, dan sebagainya yang menjadi lambang sesuatu budaya bagi mereka. Budaya merupakan suatu yang indah bagi setiap masyarakat. Tanpa budaya, tiada lah mereka.